NEWS HEADLINES
INSTITUT LATIHAN ABDB MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI DAERAH TEMBURONG
TEMBURONG, 2 MAC 2024 – Institut Latihan turut serta kempen kebersihan di Daerah Temburong pada pagi ini sebagai menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) dalam memastikan Negara Brunei Darussalam bersih dan bebas daripada pencemaran. Kempen kebersihan telah diadakan di Masjid Kampong Labu Estate.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS KERANI ASAS SIRI 2/2023
PENANJONG GARISON, Khamis 22 Februari 2024 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Asas Siri 2/2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sempurna dilaksanakan. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah Mejar Pengiran Hairuldin bin Pengiran Haji Mohd Tali @ Pengiran Muhd Khairuddin, Timbalan Pegawai Turus F1, Markas Medan, Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir adalah Ketua Cawangan Latihan Kerani, Pegawai-pegawai dan jemputan khas, Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Kerani dan Jurulatih-jurulatih daripada Tentera Darat Diraja Brunei.
MAJLIS SAMBUTAN MALAM NISFU SYA’BAN BAGI TAHUN 1445H
PENANJONG GARISON, Sabtu 24 Februari 2024 – Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya’ban bagi Tahun 1445H telah diadakan bertempat di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Hadir selaku Pegawai Terkanan ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 40 TAHUN PERINGKAT PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Khamis, 22 Februari 2024 – Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 Tahun bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan pada hari ini di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dalam sama-sama memohon kurnia rahmat serta pemeliharaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala bagi kestabilan negara, keselamatan raja serta kesentosaan hidup rakyat dan penduduk negara ini.
MAJLIS KENAIKKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Jumaat 05 Januari 2024 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan IL ABDB, Penanjong Garison.
UPACARA MENANDATANGANI BAF 122 BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE 173
Penanjong Garison, Juma’at, 19 Januari 2024 – Upacara Menandatangani Risalah Undang-Undang Rahsia Rasmi Brunei Army Form (BAF) 122 bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-173 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).





