NEWS HEADLINES
MAJLIS PERASMIAN BUKU BLUEPRINT INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, SELASA, 09 April 2024 – Majlis Perasmian Buku Blueprint Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah belangsung pada hari ini bertempat di Bilik Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison.
YANG MULIA MEJAR GENERAL DATO PADUKA SERI HAJI MUHAMMAD HASZAIMI BIN BOL HASSAN, PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SESI PERJUMPAAN BERSAMA REKRUT LELAKI INTEK 173
Jumaat, 19 April 2024 - Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB telah berkesempatan bagi sesi perjumpaan bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke-173 yang dijadualkan akan menamatkan latihan pada 26 April 2024. Yang Mulia Pemerintah ABDB antaralain telah menyentuh dan menekankan kepentingan Disiplin, Kekuatan Mental dan Rohani disamping nilai-nilai teras ABDB iaitu Takwa, Setia, Berani dan Profesional sebagai tunggak utama yang perlu tertanam serta dipraktikkan disepanjang perkhidmatan sebagai seorang tentera.
INSTITUT LATIHAN MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN-MANTAN KOMANDAN DAN SARJAN MEJAR REJIMEN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Ahad, 07 April 2024 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran dan, Majlis Berbuka Puasa bersama Mantan-mantan Komandan dan Sarjan Mejar Rejimen sempena Hari Ulang Tahun Institut Latihan Ke-55 bertempat di Surau Al-Hikmah dan Dewan Nikmat, Penanjong Garison.
PROGRAM JANGKAUAN INSTITUT LATIHAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1445 HIJRAH
BRUNEI, Khamis, 04 April 2024 – Bersempena dengan bulan suci Ramadhan 1445 Hijrah, anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada mengadakan Program Jangkauan Ramadhan di Tanah Perkuburuan Islam Bukit Bendera, Daerah Tutong.
PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA INSTITUT LATIHAN TERIMA KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENANJONG GARISON, Jumaat, 8 Mac 2024 – Institut Latihan ABDB telah mengadakan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadhan 1445 Hijrah. Majlis tersebut telah berlangsung di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison hari ini.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS EJUTAN, INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Khamis, 7 March 2024 – Majlis Serah Terima Tugas Ejutan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah berlangsung di antara Mejar Mohamad Ros Azmi bin Roslan, mantan Ejutan IL ABDB dan Kapten Mohammad Fariz Ishamuddin bin Hj Mohd Shamsul, selaku Ejutan Institut Latihan ABDB yang baru bertempat di Padang Kawad Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.





