NEWS HEADLINES
PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK ANTARA PASUKAN GABUNGAN MINDEF DAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 23 Ogos 2024 - Perlawanan akhir Bola Sepak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung di Stadium Mini Tentera Udara Diraja Brunei (ABDB), Rimba. Pertandingan akhir ini berlangsung pada 23 Ogos 2024 dan disertai oleh semua pasukan dari unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
SESI PERJUMPAAN YANG MULIA KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB) BERSAMA REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-174
PENANJONG GARISON, Jumaat, 12 Ogos 2024 - Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke-174 yang dijadualkan akan menamatkan latihan pada 23 Ogos 2024. Sesi perjumpaan tersebut telah berlangsung di Bilik Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB, Penanjong Garison.
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KURSUS KERANI GAJI PENINGKATAN SESI 2024 KE JABATAN PENJARA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
MARABURONG, TUTONG, Khamis 18 Julai 2024 – Kursus Kerani Gaji Peningkatan Sesi 2024 meneruskan membuat program lawatan sambil belajar diketuai oleh Ketua Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB ke Penjara Maraburong, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS LOGISTIK LANJUTAN SESI 2024
PENANJONG GARISON, ISNIN 26 OGOS 2024 – Majlis Perasmian Kursus Logistik Lanjutan Sesi 2024 telah diadakan di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446 DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-63
PENANJONG GARISON, Juma’at, 12 Julai 2024 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Sambutan Ilal Hijrah 1446 dan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-63. Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 dan Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-63 telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis Penyerahan Kenderaan Jenazah Penanjong Garison dan Penyerahan Menara Surau juga telah dilaksanakan serentak.di Surau Al-Hikmah, Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-174
PENANJONG GARISON, Selasa, 20 Ogos 2024 – Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Tamat Latihan Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-174 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.





