NEWS HEADLINES
ATASE PERTAHANAN REPUBLIK CINA MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT KE KOMANDAN IL ABDB
PENANJONG GARISON, SELASA, 08 MEI 2018. Yang Mulia Senior Kolonel Wu Geng, Atase Pertahanan Republik Cina ke Negara Brunei Darussalam telah membuat kunjungan hormat kepada Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada hari ini. Semasa Kunjungan Tersebut Yang Mulia Komandan IL ABDB merakamkan penghargaan kepada Atase Pertahanan Republik Cina diatas kesudian beliau untuk datang ke IL ABDB.
KEJOHANAN BOLA JARING ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB 2016-2017
PENANJONG GARISON, JUMAAT 20 JANUARI 2017, Kejohanan yang berlangsung selama dua hari mulai Khamis 19 Januari dan upacara Penutup Kejohanan pada hari Jumaat, 20 Januari 2017 diadakan di Dewan Gerak Badan, Institut Latihan ABDB denga menyaksikan sebanyak 5 pasukan terdiri daripada Kementerian Pertahanan, Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bertanding dalam kejohanan ini.
KUNJUNGAN PENASIHAT PERTAHANAN TENTERA MALAYSIA KE BRUNEI DARUSSALAM, KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, ISNIN 16 JAN 2017, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah menerima Kunjungan dari Kolonel Kamarudzaman Bin Mohd Thani, Penasihat Pertahanan Tentera Malaysia.
UPACARA PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT PTB-PTB KANAN
PENANJONG GARISON, ISNIN 16 JAN 2017, Institut Latihan ABDB telah merayakan Majlis Kenaikkan Pangkat PTB-PTB Kanan bagi Institut Latihan ABDB di Mes PW, SSjn & Sjn, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Komandan Institut Latihan ABDB,Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh.



