NEWS HEADLINES
1st BN RBLF AND U.S. MARINES CORPS SHARE SKILLS AT CARAT EXERCISE
PENANJONG GARRISON, Wednesday 13 November 2014 – First Battalion, Royal Brunei Land Force (RBLF) and Second Battalion, United States Marines Corps (USMC) conducted an exercise during the Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) 2014. CARAT Exercise marked its 20th annual exercise with Brunei Darussalam this year.
UPACARA SERAH TERIMA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA JURULATIH INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Penanjong Garison, 03 Disember 2018, Isnin – Upacara Serah Terima Tugas dan Tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dilangsungkan di Markas IL ABDB pada hari ini dan dihadiri oleh Pegawai-pegawai, kakitangan dan anggota Markas IL ABDB. Acara dimulakan dengan Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Ketua Jurulatih di antara Yang Mulia, Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman bersama Yang Mulia, Mejar Rudie Asmawi bin Haji Abidin bagi menandakan rasminya penyerahan tugas Ketua Jurulatih IL ABDB.
PELANCARAN BRUNEI DECEMBER FESTIVAL 2018
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 Disember 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyempurnakan acara pelancaran Brunei December Festival 2018 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dalam ibu negara pada pagi ini. Sebahagian daripada majlis pelancaran ini termasuk acara kayuhan basikal sepanjang 11.5km yang disertai oleh anggota Institut Latihan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir, Komandan Institut Latihan, Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.
MAJLIS PENUTUP KURSUS CQMS/KKMS SIRI 2/2018
MAJLIS PENUTUP KURSUS PENINGKATAN KOMPUTER SIRI 1/2018
Penanjong Garison, 30 November 2018 – Kursus Peningkatan Komputer Siri 2/2018 telah menutup tirai pagi tadi. Acara ini telah diadakan di Mahkota Lounge, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dengan dihadiri oleh peserta-peserta kursus, tenaga-tenaga pengajar serta ahli-ahli tetap Pusat Evolusi. Acara penutup yang diselajurkan dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta kursus telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Ernie Ermawati binti Mohd Erman, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, selaku Tetamu Kehormat. Beliau turut berkesudian untuk menyampaikan Sijil Penuntut Terbaik bagi Kursus Peningkatan Komputer Siri 1/2018 kepada 17505 Kpl (U) Mohammed Kesumaja Shah bin Hj Mohd Ali dari Tentera Udara Diraja Brunei.
MAJLIS PERTANDINGAN DZIKIR SYARAFIL ANAM SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SAW PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 1440H
BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 November 2018 – Kumpulan Dzikir Al- Hikmah sebagai wakil Institut Latihan mengikuti pertandingan Dzikir Syarafil Anam sampena menyambut Maulud Nabi Muhammad SAW bagi peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 1440H anjuran Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) kali ini diperolehi oleh Kumpulan Al-Bahriyah dari Tentera Laut Diraja Brunei yang diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.