NEWS HEADLINES
MAJLIS PENUTUP KURSUS PENINGKATAN TEKNISYEN ARMAMEN SESI 2019 DAN KURSUS PEMBAIKAN DAN PEMELIHARAAN SENJATA RINGAN BAGI AGENSI LUAR SESI 2019
Penanjong Garison, Jumaat 11 Oktober 2019 – Seramai 02 orang peserta kursus yang terdiri daripada anggota Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei dan seramai 06 anggota dari Pasukan Polis Diraja Brunei telahpun menamatkan kursus yang bermula pada 09 September hingga 04 Oktober 2019 dan 19 Ogos hingga 11 Oktober 2019.
MAJLIS PERPISAHAN DAN PENGHARGAAN KAKITANGAN AWAM DI MES PW, SSJN DAN SJN, PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Jumaat, 04 Oktober 2019 – Majlis perpisahan dan penghargaan bagi 10 orang kakitangan awam Mes PW, SSjn & Sjn, Penanjong Garison telah diadakan di Mes PW, SSjn & Sjn, Penanjong Garison.
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS ALL ARMS STAFF TACTICS COURSE (AASTC) 2019
Penanjong Garison, Isnin, 07 Oktober 2019 - Majlis Pembukaan Kursus AASTC 2019 telah berlangsung bertempat di Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
ACARA MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PERINGKAT PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH INSTITUT LATIHAN ABDB
PENANJONG GARISON, Isnin, 07 Oktober 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 22 orang anggota terdiri daripada 09 anggota PTB-PTB Kanan dan 13 anggota PTB-PTB Rendah Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. Majlis tersebut telah berlangsung di Mes PW/SSjn & Sjn bagi PTB Kanan dan majlis kenaikan PTB Rendah telah diadakan di Dewan Nikmat IL ABDB, Penanjong Garison.
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT PENANJONG GARISON 2019
PENANJONG GARISON, KHAMIS 03 OKTOBER 2019 – Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Penanjong Garison telah diadakan bagi menzahirkan tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua guru-guru dan jurulatih-jurulatih di atas jasa serta sumbangan mereka dalam mendidik anak bangsa.
UPACARA PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNE
PENANJONG GARISON, Jumaat, 06 September 2019 – Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) diantara PW1 (SMR) Suhardi bin Asli dengan PW1 (SMR) Sahrol bin Haji Umar telah berlangsung dengan adat ketenteraan di Padang Kawad, IL ABDB.





