NEWS HEADLINES
MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA PERTUKARAN KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Jumaat, 04 Disember 2020 – Majlis Makan Malam Sempena Pertukaran Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah diadakan di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman dan Isteri.
TAKLIMAT PERJUMPAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA PENGHUNI RUMAH KELAMIN ABDB, PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Jumaat, 4 Disember 2020 – Pejabat Perumahan Penanjong Garison telah mengadakan Sesi Perjumpaan bersama dengan Ketua-Ketua Penghuni Rumah Kelamin ABDB Penanjong Garison pada hari Jumaat, 18 Rabiulakhir 1442 bersamaan dengan 04 Disember 2020 bertempat di Dewan Makan Transit Camp, Penanjong Garison.
MAJLIS PENUTUP KURSUS TEMPUR KETUA PLATUN DAN KURSUS TEMPUR PLATUN SARJAN SESI 2020
PENANJONG GARISON, Khamis, 03 Disember 2020 – Majlis Penutup Kursus bagi Kursus Tempur Ketua Platun dan Kursus Tempur Platun Sarjan Sesi 2020 telah berlangsung pada petang Hari Khamis di Sekolah Infantri, Institut Latihan, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi acara tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB.
MAJLIS PENUTUP BAGI KURSUS JURULATIH KEMAHIRAN & PENGASUH SENJATA RINGAN SIRI 1/2020
PENANJONG GARISON, Rabu, 02 Disember 2020 – Sekolah Infantri IL ABDB telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Jurulatih Kemahiran dan Pengasuh Senjata Ringan Siri 1/2020 yang telah dikendalikan selama 12 minggu bermula pada 10 September 2020 disertai seramai 39 orang anggota yang terdiri daripada TDDB, TUDB, IL ABDB,Rejimen Pasukan Khas, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Penjara Brunei telah berjaya menamatkan kursus tersebut.
MAJLIS PENUTUP KURSUS PENGAWAS PADANG TEMBAK (NON-COMBATANT) 2020
PENANJONG GARISON, Khamis, 03 Disember 2020 - Upacara Majlis Penutup bagi Kursus Pengawas Padang Tembak (RMC) (non-combatant) 2020 telah diadakan di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.
MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL 40 HARI BAGI AL-MAHRUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI ‘ABDUL ‘AZIM IBNI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH
PENANJONG GARISON, Rabu, 02 Disember 2020 – Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil 40 hari bagi Al-Mahrum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mula Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.





