PENANJONG GARISON, Jumaat, 01 April 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada hari ini telah melangsungkan upacara Majlis Serah Terima Tugas Komandan IL ABDB di antara Mantan Komandan IL ABDB, Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud dengan Komandan IL ABDB yang baru, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman. Majlis tersebut diadakan di Dewan Nikmat, Penanjong Garison. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan anggota-anggota IL ABDB. Acara tersebut juga dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Jemputan Khas dan warga Penanjong Garison.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad, Pegawai JAMA’AT dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Komandan IL ABDB. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga Institut Latihan, tentera dan awam di atas kerjasama, pengorbanan dan dedikasi yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di IL ABDB. Beliau berharap agar semua warga Institut Latihan akan dapat menggandakan usaha dan komited dalam memberikan kerjasama ke arah mencapai visi dan misi yang diharapkan. Beliau juga menekankan kepada semua yang hadir agar sentiasa menjaga nilai ketaatan pada arahan-arahan dan perintah dan bertanggungjawab menjalankan amanah dengan professional serta elakkan diri dari melakukan kesalahan tatatertib dan perkara-perkara yang tidak bermoral. Di penghujung ucapan beliau juga menyeru agar seluruh warga Institut Latihan sentiasa menerapkan keagamaan dan kerohanian, menjaga jati diri dan etika ketenteraan dan berkeperibadian baik supaya setiap tugas yang diamanahkan bukan sahaja akan mendapat berkat, imbalan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, malahan Institut Latihan juga akan dapat berkembang maju dan diiktiraf di dalam dan luar negara.
Acara diteruskan lagi dengan Upacara Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Komandan IL ABDB serta penyerahan Tongkat dengan reka bentuk Pen dan Buku di antara Mantan Komandan IL ABDB dan Komandan IL ABDB yang baru. Tongkat dengan reka bentuk Pen dan Buku ini adalah merupakan simbolik untuk penyerahan kepimpinan IL ABDB iaitu tugas Komandan yang lama kepada yang baru, sebagai amanah daripada Allah Subhanahu Wa Taala. 
Acara seterusnya diikuti dengan bacaan doa selamat dan setelah rasminya penyerahan tugas jawatan Komandan IL ABDB, selaku Komandan IL ABDB yang baru yang ke-25, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi turut menyampaikan ucapan beliau di mana beliau merakamkan perhargaan dan terima kasih kepada mantan Komandan IL ABDB di atas kepimpinan beliau yang penuh keazaman, komited, profesional dan berpengalaman dalam membangun dan mengembangkan Institut Latihan. Dengan keupayaan dan status Institut Latihan yang telah diusahakan dan dicapai sebelum ini, beliau berharap untuk mencorakkan hala tuju Institut Latihan dengan memberikan penekanan kepada beberapa perkara iaitu kerohanian, pemerintahan dan pengurusan, professionalisma, human capital, diplomasi pertahanan dan pengamalan kepada nilai-nilai teras ABDB. Beliau juga menyeru agar segenap lapisan kepimpinan dan warga Institut Latihan untuk terus komited, bersatu padu, berganding bahu, bekerjasama, sentiasa mengamalkan sikap jujur dan penuh amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugasan masing-masing. 
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan seterusnya sesi bergambar ramai dan menikmati majlis jamuan makan yang diadakan di Mes Pegawai Penanjong Garison.



HANDOVER CEREMONY FOR NEWLY APPOINTED COMMANDANT OF TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES
PENANJONG GARRISON, Friday, 01 April 2022 – A Handover Ceremony of the Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) was held today between its outgoing Commandant, Yang Mulia Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud and the incoming Commandant, Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman. The event took place at Dewan Nikmat, Penanjong Garrison. 
Present at the ceremony were Acting Deputy Commandant of TI RBAF, Senior Officers, Officers, Senior Ranks and TI RBAF personnel. Also in attendance were invited Senior Officers and Officers of Penanjong Garrison. 
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Lieutenant Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad, JAMA’AT Officer, and followed by a speech from the outgoing Commandant of TI RBAF where he expressed his appreciation and gratitude to all members of the Training Institute, military and civilian for their cooperation, sacrifice and dedication during his service in TI RBAF. He hoped that all members of the Training Institute would be able to increase their efforts and be committed in providing cooperation towards achieving the desired vision and mission. He also emphasized to the audience to always maintain the value of obedience to instructions and orders and be responsible to carry out the trust professionally and avoid committing disciplinary offenses and immoral things. At the end of his speech, he also called on all members of the Training Institute to always practice religion and spirituality, maintain their military identity and ethics and have a good personality so that every task entrusted to them will not only receive blessings and rewards from Allah Subhanahu Wa Ta’ala, but also the Training Institute will be able to thrive and be recognized locally and abroad.
The ceremony then continued with the signing of the Handing Over Certificate followed by the handing over of Tongkat with the design of Pen and Book between the outgoing Commandant of TI RBAF and incoming Commandant of TI RBAF, marking the official handing over of the Commandant of TI RBAF place of duty. The Tongkat with the design of Pen and Book serves as a symbol of handing over the leadership of TI RBAF from the outgoing Commandant to the incoming Commandant, which is a trust (amanah) from Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
The ceremony continued with the recitation of Doa Selamat and as the newly appointed 25th Commandant of TI RBAF, Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi also delivered his speech where he conveyed his utmost appreciation to the outgoing Commandant of TI RBAF for his determination, commitment, professionalism and experienced leadership in developing and expanding the Training Institute. With the capabilities and status of the Training Institute that has been achieved before, he hopes to shape the direction of the Training Institute by emphasizing on several things namely spirituality, leadership and management, professionalism, human capital, defense diplomacy and practice of the core values of the RBAF. He also reminded all levels of leadership and staffs of the Training Institute to remain committed, united and to always uphold integrity in carrying out their respective responsibilities and duties.
The ceremony then followed with the recitation of Doa Penutup and concluded with a group photo and refreshments which was held at Officers’ Mess, Penanjong Garrison.