PENANJONG GARISON – Rabu, 02 Februari 2022 – Majlis Serah Terima Tugas Ejutan Garison dan Komandan Perumahan Penanjong Garison telah berlangsung di Bilik Muzakarah, Pejabat Markas Garison Penanjong Garison.

Yang Mulia 870 Mej Haji Hainul Ardika bin Haji Tinggal selaku Ejutan Garison dan Pegawai Perumahan Penanjong Garison yang lama telah menyerahkan Tugas dan Tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya kepada 776 Mej Haji Mohammad Aisamuddin bin Haji Ali selaku Ejutan Garison yang baru dan 980 Mejar Fahlidina binti Khalid selaku Komandan Perumahan Penanjong Garison yang baru.
Turut hadir bersama pada masa ini adalah Pemangku Ejutan IL ABDB 1010 Kapt Shazwani binti Ali sebagai Saksi bagi Majlis Serah Menyerah ini beserta anggota-anggota Tentera Markas Garison dan Pejabat Perumahan Penanjong Garison.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah diteruskan dengan acara Menandatangani Serah Terima Tugas kemudian selesai acara menandatangani ini, Sarjan Mejar Garison (SMG) Markas Garison menjemput Yang Mulia Ejutan Garison Yang Baru bagi menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada Mantan Ejutan Garison/Pegawai Perumahan Penanjong Garison.   Majlis diakhiri dengan bacaan doa seterusnya sesi bergambar ramai.