
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Guru-Guru PE IL ABDB, Penanjong Garison.
Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang telah dipimpin oleh Lt Muhammad Azmi bin Abdul Latif diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada Cikgu Hazlina yang telah disempurnakan oleh YM Komandan IL ABDB.
Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada YM Yang Dipertua Mes Pegawai kepada guru yang diraikan di atas jasa yang telah disumbangkan disepanjang perkhidmatan di IL ABDB.
Majlis diteruskan dengan menikmati jamuan serta sesi bergambar ramai.
