
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB. Seramai 08 anggota menerima sijil watikah perlantikan; 2 anggota terdiri daripada Pegawai Waran 1 dan 6 anggota terdiri daripada Pegawai Waran 2. Manakala seramai 7 anggota telah dinaikan pangkat; 2 anggota ke pangkat Pegawai Waran Tetap dan 5 anggota ke pangkat Pemangku Staf Sarjan.
Sepanjang berlangsungnya majlis tersebut, penjarakkan sosial seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan adalah dipraktikan. Majlis juga turut diakhiri dengan bacaan doa agar dilindungi oleh Allah SWT dari pandemik COVID-19.



