kursus knp pw.png

PENANJONG GARISON, Jumaat, 11 SYAABAN 1442H Bersamaan 25 Mac 2021M – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 2/2020 telah diadakan di Bilik Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pemangku Komandan IL ABDB.  Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Ketua Jurulatih IL ABDB, Yang Mulia Mejar Siti Norafiqah bte Haji Morshidi Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, IL ABDB. Pegawai Pemerintah dan Memerintah Sub Unit IL ABDB, Pegawai-Pegawai Jemputan, Rejimen Sarjan Mejar IL ABDB, Jemputan-Jemputan dan Jurulatih-jurulatih serta peserta kursus.   Seramai 60 anggota telah lulus dan berjaya menamatkan kursus yang berlangsung selama 4 minggu bermula 01 Mac 2021M hingga 26 Mac 2021M. 
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diselajurkan dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Jumua’ah dari ayat 9 hingga 11 oleh 12322 PW2 Mohamad Omar Bin Awang Md Nor
Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 13112 P/PW2 (U) Musa bin Haji Emran daripada Markas Angkatan Bersama, Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh 13891 P/PW2 Azreenazri Bin Omar daripada Tentera Laut Diraja Brunei, manakala Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 13903 P/PW2 Pg Apni Bin Pg Hj Chuchu daripada Tentera Darat Diraja Brunei.
Dalam ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat, beliau menekankan bahawa Pegawai Waran merupakan pemimpin penting di peringkat pertengahan dan juga merupakan salah satu aset yang sangat penting di dalam ABDB. Sebagai seorang pemimpin pertengahan memang mempunyai tanggungjawab dan peranan yang amat berat dalam membimbing anggota bawahan bagi sama-sama menentukan institusi ketenteraan mempunyai mutu disiplin yang mantap, yang dapat menjadi contoh kepada kementerian-kementerian kerajaan yang lain dalam sama-sama menentukan ketenteraman negara daripada anasir-anasir negatif yang tidak di ingini. Beliau juga berharap peserta kursus mampu berfikir secara rasional dan mempunyai Mindset yang positif dalam membantu ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai masing-masing untuk mencapai visi dan misi unit masing-masing. 
Beliau juga menasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dan mengimbangkan dengan masa bersama keluarga atau work life balance kerana kejayaan dicapai adalah sokongan dan pengorbanan daripada keluarga terutama sekali isteri dan anak. Ianya juga terkandung di dalam Maqasih Syariah yang telah dan sedang terlaksana dalam setiap aspek perkhidmatan dan kepimpinan di negara ini dengan menitik beratkan 5 aspek utama iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. Dimana perkara itu telah dikongsikan oleh YM Komdan IL ABDB ketika sesi beliau bersama peserta kursus. Seorang pemimpin juga perlu memberikan keutamaan dalam aspek kerohanian didalam apa jua bidang yang diceburi. Beliau percaya dengan menguatkan aspek dalaman atau spritual boleh membantu setiap individu menangani tekanan cabaran serta rintangan semasa bertugas di samping itu juga ianya dapat memberikan ketenangan fikiran dalam mengurus tadbir kerjaya serta keluarga
Akhir ucapan tetamu kehormat mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus kerana telah dapat menamatkan kursus ini dengan jayanya.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang disampaikan oleh Guru ugama surau Penanjong Garison Ustaz Sukaimi bin Haji Abdullah dan diikuti sesi bergambar ramai.
kursus knp pw 1.jpg
kursus knp pw 2.jpg
WhatsApp Image 2021-03-29 at 8.41.25 AM.jpeg