kenaikan 5.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 31 Mac 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Waran dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan IL ABDB, Penanjong Garison. 

Seramai 2 anggota telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran Satu Tetap, 2 anggota telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Dua, 6 anggota dinaikkan ke pangkat Staf Sarjan Tetap dan 2 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Staf Sarjan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) dan PTB-PTB Kanan IL ABDB. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyampaian pangkat. Majlis seterusnya diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai bersama anggota yang diraikan.

kenaikan 1.jpg

kenaikan 2.jpg

kenaikan 3.jpg

kenaikan 4.jpg

kenaikan 5.jpg