PENANJONG GARISON, Jumaat, 22 Mei 2020 – Di dalam menyemarakkan kedatangan Hari Raya Aidil Fitri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Minuman Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun 1441H / 2020M kepada pegawai-pegawai dan anggota tentera dan awam bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison. Majlis Penyampaian Minuman tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Komandan IL ABDB, Kolonel Mohammad Syafiee bin Hj Duraman, selaku tetamu kehormat majlis.
Majlis tersebut dikendalikan berpandukan penjarakkan sosial seperti yang terkandung di dalam garispandu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Majlis diakhiri dengan bacaan Zikir serta Doa Memohon Terselamat Daripada Segala Jenis Penyakit agar dilindungi oleh Allah SWT dari penyakit COVID-19.