KUPON2.jpgPENANJONG GARISON, Khamis, 20 April 2023 – PENANJONG GARISON, Khamis, 20 April 2023 – Majlis Penyampaian Kupon Minuman sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel, Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut adalah Pemangku Timbalan Komandan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai Institut Latihan dan Petugas Mes Pegawai Penanjong Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh 50603 LKpl Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi dan diteruskan dengan penyampaian kupon-kupon minuman oleh Yang Mulia Komandan IL ABDB kepada ahli-ahli mes Pegawai serta petugas-petugas mes.

Majlis pembahagian kupon minuman ialah satu tradisi ABDB yang diadakan pada setiap tahun. Ianya diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan kekeluargaan serta menyemarakkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat.

KUPON1.jpg

KUPON3.jpg 

KUPON4.jpg