KENAIKKAN PKT 2020.jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 2 Mac 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan IL ABDB.  Majlis tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB. Turut hadir pada Majlis tersebut ialah Timbalan Komandan, Pegawai-Pegawai, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan IL ABDB.
 
Seramai 06 anggota telah dinaikkan pangkat; 01 anggota ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2, 03 anggota ke pangkat Staf Sarjan Tetap dan 02 anggota ke pangkat Pemangku Staf Sarjan.
 
Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 12933 PW1 (U) Haji Mohamad Suni bin Haji Mahmud dari Jabatan Agama ABDB (Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison) dan diteruskan dengan penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya menikmati jamuan.
 
Ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2 (Pmk PW2): 
 
21025 SSjn Rohana binti Haji Adris
 
Ke pangkat SSjn Tetap: 
 
13501 Pmk SSjn Pg Hj Md Malek Faishal Noor Islam bin Pg Hj Omarali
13751 Pmk SSjn Marzan bin Sinjan
14205 Pmk SSjn Md Nor Azlan bin Abdullah
 
Ke pangkat Pemangku SSjn:
 
14639 Sjn Supandi bin Liman
17163 Sjn Athraba bin Haji Buntan
KENAIKKAN PKT 2020.jpg
1.jpg
KENAIKKAN PKT 2020 3.jpg
KENAIKKAN PKT 2020 4.jpg
KENAIKKAN PKT 2020 5.jpg