​PENANJONG GARISON, KHAMIS 28 DISEMBER 2017. Majlis Penutupan Kursus bagi Kursus Tempur Ketua Platun dan Kursus Tempur Ketua Seksyen Sesi 2017 telah berlangsung di Padang Tembak ‘FFA’ Binturan Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi acara tersebut ialah Lt Kol Khairil Bin Haji Ismail, Ketua Staff Tentera Darat Diraja Brunei. Demonstrasi serangan platun dengan menggunakan peluru hidup yang mana pertunjukkan tersebut adalah daripada ahli peserta kursus sendiri.
Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pagawai dan anggota yang kompeten dan berkeyakinan tinggi dalam membuat keputusan yang tegas. Selain itu, ianya juga dapat mempraktikan kawalan dan perintah dengan yakin dalam perlaksanaan misi dalam semua spektrum operasi. Acara kemudian diakhiri dengan upacara penyampaian sijil kepada 55 anggota peserta kursus dan sekaligus ditutup rasmi oleh Tetamu Kehormat Majlis.Bagi Kursus Tempur Ketua Platun Sesi 2017, penuntut terbaik keseluruhan ialah 1169 Lt Muhd Zulwafi Bin Hj Muhd Suhaili daripada Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, penuntut terbaik bahagian amali ialah 1139 Lt Pg Ahmad Mukmin Bin Pg Hj Ali Shahrin daripada Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei dan penuntut tebaik bahagian teori ialah 1171 Lt Shah Minan @ Adnan Bin Hj Rosli daripada Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei.
Manakala penuntut terbaik bahagian latihan jasmani ialah 1168 Lt Md Izzuddin Abqari Bin Hj Ahmad Basuni dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei. Manakala, bagi Kursus Tempur Ketua Seksyen Sesi 2017, penuntut terbaik keseluruhan ialah 18641 LKpl Aiman Bin Mohd Malik Finti dari Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, penuntut terbaik bahagian amali ialah 19546 LKpl Hardini Bin Jaludin dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, penuntut terbaik bahagian teori ialah 18563 LKpl Md Khairul Anuar Bin Ahad dari Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei manakala penuntut terbaik bahagian jasmani ialah 19092 LKpl Awg Abdul Hakim Bin Hj Awg Asli dari Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei.