210.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 28 Julai 2023 - Majlis Penutupan Kursus PTB Kanan Kenderaan Sesi 2022, Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B Sesi 2023 (Kumpulan Pertama) telah sempurna dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Nurulain Rawiah binti Haji Mohd Raub, Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB Kanan Jemputan, Sekolah Sarjan Mejar Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kursus PTB Kanan Kenderaan Sesi 2022 ini dikendalikan selama tujuh (07) minggu bermula dari 09 Jun 2023 hingga 28 Julai 2023 yang dihadiri seramai sembilan (09) anggota yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan.

Kursus PTB Kanan Kenderaan bertujuan untuk menaiktaraf dan diiktiraf sebagai Penolong Pegawai Kenderaan yangmana mereka akan melaksanakan tugas-tugas mentadbir hal-hal berkenaan dengan kenderaan dan Pejabat Kenderaan. Peserta Kursus juga akan diberikan pendedahan dalam memahami dan mengetahui pengiraan pengeluaran atau kemasukan minyak kenderaan (POL), pengetahuan dalam membuat Silibus Kursus Memandu, memahami dan mendalami Hukuman Tetap Pejabat Kenderaan Unit. Selain itu diberikan pengetahuan dalam melaksanakan peranan Tugas dan tanggungjawab mereka sebagai Penolong Pegawai Kenderaan yang mahir berpengalaman dan dapat memberikan garis pandu dalam pentadbiran dan kebajikan Pejabat Kenderaan dan ahli-ahli Pejabat Kenderaan.

Manakala bagi Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B Sesi 2023 (Kumpulan Pertama) dikendalikan selama enam (06) minggu bermula daripada 16 Jun 2023 hingga 28 Julai 2023 yang dihadiri seramai Empat Puluh (40) anggota yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kursus ini pula bertujuan untuk melayakkan dan mengiktiraf peserta kursus untuk melaksanakan tugas sebagai seorang pemandu di dalam unit. Antara tugas dan tanggungjawab mereka adalah berkebolehan memandu kenderaan Double Cab atau kenderaan berat tanpa muatan tidak lebih 4,480 paun di atas jalan raya dan merentas desa dalam keadaan yang aman ataupun sewaktu operasi dan penundaan trailer jika perlu, berkebolehan memelihara dan merawat kenderaan Double Cab termasuk menukar minyak pelincir, mengesan kerosakan dan menukar tayar tanpa memerlukan pengawasan, mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya kemalangan trafik ataupun semasa berlakunya kerosakan kenderaan, berkebolehan menggunakan alat-alat perkakas kenderaan, berkebolehan membaiki kenderaan dengan menggunakan alat-alat perkakas kenderaan, berkebolehan menunda kenderaan lain atau menunda kenderaan yang ditunda. Disamping itu juga melaksanakan apa jua tugas dan tanggungjawab yang terkandung di dalam peraturan bagi Taraf Pertukangan dan pekerjaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menyampaikan Lencana dan Sijil kepada peserta-peserta kursus dan seterusnya menyampaikan anugerah penuntut-penuntut terbaik. Bagi Kursus PTB Kanan Kenderaan Sesi 2022, Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 16065 Bintara Muhd Rosmahwadi bin Rosli dari Pejabat Kenderaan Tentera Laut diraja Brunei, Penuntut Terbaik Praktikal disandang oleh 18144 Sarjan Fardino bin Hj Osman dari Pejabat Kenderaan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 18718 Sarjan Mohd Pizzul Ridhwan bin Jefrey dari Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Manakala bagi Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B Sesi 2023 (Kumpulan Pertama), Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 52611 Soldadu Ak Abd Shaffiq Al-Malik bin Pg Sufri dari LAD Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei, Penuntut Terbaik Tatacara Memandu disandang oleh 50870 LSM Mohd Amirrul Mokminin bin Hj Mohd Yassin dari SSQN Tentera Laut Diraja Brunei dan Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 52562 Soldadu Muhd Azwan bin Hj Mohd Raduan dari Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei.​

211.jpg212.jpg213.jpg214.jpg215.jpg216.jpg217.jpg218.jpg