WhatsApp Image 2021-12-20 at 9.20.42 PM.jpeg

PENANJONG GARISON, JUMAAT 10 DISEMBER 2021 – Majlis Penutupan kursus telah berlangsung secara maya bagi kursus Kepimpinan Koperal Siri 3/2021 pada hari ini iaitu bagi seramai 39 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Mejar Khairul Anwar bin Haji Abd Latif, Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut, IL ABDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan dari wakil peserta kursus dan diteruskan dengan Ucapan rasmi Penutupan Kursus Kepimpinan Koperal Siri 3/2021 oleh Tetamu Kehormat majlis.
Kursus yang dijalankan selama dua (02) minggu dengan tujuan untuk melatih PTB Rendah berpangkat Koperal agar memahami tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin bawahan di dalam ABDB dengan berpandukan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan ciri-ciri kepimpinan. Ianya juga adalah untuk melahirkan PTB Rendah berpangkat Koperal yang berkualiti, berkeupayaan dan berkeyakinan untuk memimpin anggota bawahan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan dan efisien.