
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Hj Ali, Pemangku Timbalan Komandan juga Ketua Jurulatih IL ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Guru, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) IL ABDB, Sarjan Mejar Garison (SMG) Penanjong Garison, PTB-PTB Kanan dan jurulatih-jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 13796 PW2 (U) Shahrim bin Haji Rais dan diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, Surah An-Nisa (ayat 58 hingga 59) oleh Yang Mulia 14442 PW2 (U) Haji Umardani bin Haji Jaludin. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia 11702 PW2 Mohamad Suhaimi bin Hj Mohamad, Ketua Penuntut Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 02/2021.
Yang Mulia Tetamu Kehormat kemudian dijunjung bagi menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kursus dan sijil Penuntut Terbaik yang dianugerahkan kepada 15875 PW2 (U) Muhammad Kamarul Huzairi bin Abdullah Kamchi diikuti dengan ucapan dan penutupan rasmi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 2/2021.
Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapannya menekankan akan kepentingan para pemimpin-pemimpin untuk melaksanakan peranan masing-masing dengan penuh amanah dan kejujuran. Pemimpin yang diberikan amanat dan kepercayaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab hendaklah melaksanakannya dengan professional, berintegriti dan dengan keterampilan yang tinggi agar menjadi contoh yang baik kepada anggota-anggota yang dipimpin.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.
CLOSING CEREMONY FOR LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE FOR WARRANT OFFICER SERIAL 02/2021
PENANJONG GARISSON, Friday, 15 April 2022 – The Closing Ceremony for the Leadership and Management Course for Warrant Officers Serial 02/2021 was held at Halbi Lecture Theater, Evolution Centre, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (EC TI RBAF).
In attendance as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant TI RBAF. Also present were Yang Mulia Lieutenant Colonel Amirul Adly bin Hj Ali, Acting Deputy Commandant also Chief Instructor TI RBAF, senior officers, officers, teacher, Regiment Sargeant Major (RSM) TI RBAF, Garrison Sargeant Major (GSM) Penanjong Garisson, Senior Non-Commissioned Officers and instructors.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah by Yang Mulia 13796 WO2 (U) Shahrim bin Haji Rais and was followed by the recitation of Al-Quran, Surah An-Nisa (verse 58 to 59) by Yang Mulia 14442 WO2 (U) Haji Umardani bin Haji Jaludin. The occasion continued with the delivery of a speech from Yang Mulia 11702 WO2 Mohamad Suhaimi bin Hj Mohamad, Head Student of the course.
The event was then continued with the presentation of certificates to the course participants as well as the presentation of the Best Student Award to 15875 WO2 (U) Muhammad Kamarul Huzairi bin Abdullah Kamchi followed by speech by the Guest of Honour and the official closing of the Leadership and Management Course for Warrant Officers Serial 02/2021.
The Guest of Honour in his speech emphasized the importance for the leaders to perform their roles with honour and honesty. Leaders who are given mandate and trust to carry out roles and responsibilities must perform them professionally with integrity and skill in order to be a good example or role model to the members of whom their lead.
The event ended with the recitation of doa and group photo.