2.jpegPENANJONG GARISON, Khamis, 13 Februari 2020 – Majlis Penutupan Kursus Ikhtiar Hidup Pertempuran Sesi 2019 telah berlangsung di Sekolah Infantri IL ABDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Ketua Jurulatih IL ABDB. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, Ketua-Ketua Cawangan serta jemputan dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB). 

Seramai 42 anggota telah menghadiri dan lulus dalam kursus tersebut. Peserta-peserta kursus terdiri daripada 03 anggota 1Bn TDDB, 08 anggota 2Bn TDDB, 02 anggota 3Bn TDDB, 01 anggota dari KBK TDDB, 01 anggota dari IL ABDB, 16 anggota RPK dan 11 anggota PDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ulasan penyampaian kursus yang disampaikan oleh Lt Mohd Iqbal Arqam bin Hj Abdul Rahman, Ketua Cawangan Peperangan Hutan, SI IL ABDB. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil dan penutupan rasmi kursus yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Penuntut Terbaik Jasmani disandang oleh 51707 Sld Zaim bin Hj Matussin, 1Bn TDDB, manakala Penuntut Terbaik Teori diberikan kepada 16790 Kpl Ajiman bin Hj Ismail, RPK dan Penuntut Terbaik Amali dan Keseluruhan disandang oleh 19262 Kpl Mohammad Syukrie bin Mohidin, RPK. 
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.

4.jpeg
3.jpeg
1.jpeg
2.jpeg