ENGLISH COURSE.jpg

PENANJONG GARISON, Khamis, 09 Mac 2023 – Majlis Penutupan Kursus Bahasa Inggeris bagi Angkatan Tentera Luar Negara kali ke-7 Sesi 2022 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan ABDB beserta Atase-Atase Pertahanan Luar Negara ke Negara Brunei Darussalam dan perwakilan daripada pejabat kedutaan-kedutaan besar daripada negara-negara yang dijemput.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan daripada wakil peserta kursus. Majlis seterusnya mendengarkan ucapan dan penutupan rasmi daripada Tetamu Kehormat dan diselajurkan dengan penyampaian sijil-sijil. Anugerah Penuntut Terbaik disandang oleh Leftenan Tran Le Khanh Huyen dari Republik Sosialis Vietnam, anugerah Akademik Terbaik kepada Leftenan Muda Ngo Quang Hoa dari Republik Sosialis Vietnam, anugerah Pembentang Terbaik kepada Leftenan Xaysomphone Kingkeo dari Republik Demokratik Rakyat Lao, manakala anugerah Penulisan Esei Terbaik disandang oleh Kapten Tha Chanthuon dari Kemboja. Di samping itu, anugerah bagi peserta kursus yang menunjukkan peningkatan pencapaian diberikan kepada Pegawai Waran 2 Rattana Sanduang dari Thailand dan anugerah bagi peserta kursus yang menunjukkan semangat yang tinggi diberikan kepada Leftenan Kolonel Phan Chan Chansophoan dari Kemboja. 
Dalam ucapan penutupan, Tetamu Kehormat Majlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus. Beliau juga menekankan kepentingan dalam menjalin hubungan yang erat melalui kerjasama pertahanan dengan Angkatan Tentera sahabat di rantau ini. Bahasa Inggeris sememangnya merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara global dan ianya bukan sahaja sangat penting dalam hubungan diplomasi bahkan dalam perkongsian ilmu, bahasa dan budaya demi meningkatkan dan mempelbagaikan kerjasama yang mapan dan berdaya tahan. Tetamu Kehormat Majlis juga menaruh harapan agar peserta kursus akan dapat mengaplikasikan pelajaran dan ilmu yang telah diperolehi dan mampu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan lebih berkesan. Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Penutup dan Sesi Bergambar Ramai. 
Kursus ini dihadiri oleh Pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah Tentera dan Pegawai Awam daripada negara-negara yang dijemput yang terdiri daripada Republik Indonesia, Kemboja, Republik Demokratik Rakyat Laos, Thailand dan Republik Sosialis Vietnam. Program kursus ini merangkumi peningkatan kemahiran dan pengetahuan tentang penguasaan bahasa Inggeris terutamanya pada empat domain kecekapan bahasa iaitu; membaca, menulis, bercakap dan mendengar. Ianya berlangsung selama lima minggu bermula dari 06 Februari hingga 10 Mac 2023.
EC.jpg
ENGLISH COURSE 3.jpg 
ENGLISH COURSE 2.jpg 
ENGLISH COURSE 4.jpg

THE CLOSING CEREMONY OF THE 7th ENGLISH LANGUAGE COURSE FOR FOREIGN ARMED FORCES 2022
PENANJONG GARRISON, Thursday, 09 March 2023 – The Closing Ceremony of the 7th English Language Course for Foreign Armed Forces 2022 was held today at the Halbi Lecture Theatre, Evolution Centre Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Present as the Guest of Honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Acting Commander Royal Brunei Armed Forces. Also in attendance were invited RBAF senior officers, Defence Attachés and representatives from respective embassies of the invited countries.
The closing ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a speech by a representative of the course participants. This was then followed by closing remarks from the Guest of Honour and the presentation of certificates. 
The ‘Best Student Award’ goes to Lieutenant Tran Le Khanh Huyen from The Socialist Republic of Vietnam, ‘Best Academic’ to Second Lieutenant Ngo Quang Hoa from The Socialist Republic of Vietnam, ‘Best Oral Presenter’ presented to Lieutenant Xaysomphone Kingkeo from The Lao People Democratic Republic and ‘Best Essay Writing’ was awarded to Captain Tha Chanthuon from The Kingdom of Cambodia. Meanwhile, the ‘Most Improved’ award was given to’ Sergeant Major 2 Rattana Sanduang from The Kingdom of Thailand and the ‘Most Enthusiastic’ award goes to Lieutenant Colonel Chan Chansophoan from The Kingdom of Cambodia.
In the closing remarks, the Guest of Honour congratulated all course participants for enduring all the scheduled programme. He also emphasised the importance of fostering defence diplomacy within Armed forces in the region. English language is a global language crucial in defence diplomacy with the aim of sharing and fostering knowledge, as well as creating more sustainable and resilient cooperation through cultural exchange. Guest of Honour expressed hope that the participants will be able to apply the knowledge gained and continuously improve their communication skills effectively. The event concluded with the recitation of Doa and a photo session.
The course was attended by both Military Officers and Non-Commissioned Officers as well as Civilian Officers from invited countries of The Kingdom of Cambodia, Republic of Indonesia, The Lao People Democratic Republic, The Kingdom of Thailand and The Socialist Republic of Vietnam. The course programme covers the improvement and knowledge towards English proficiency particularly in the four key areas of language competency; reading, writing, speaking, and listening. It was held for five weeks from 06th February to 10th of March 2023.
ENGLISH COURSE 6.jpg
ENGLISH COURSE 7.jpg 
ENGLISH COURSE 8.jpg 
ENGLISH COURSE 9.jpg 
ENGLISH COURSE 10.jpg 
ENGLISH COURSE 11.jpg
 
ENGLISH COURSE 5.jpg