
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Mejar Nurulain Rawiah binti Haji Mohd Raub, Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB). Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua-ketua Cawangan, Sekolah Sarjan Mejar, Pegawai Waran Latihan dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Kerani (CLK) serta Jemputan-jemputan Khas.
Kursus Kerani Lanjutan Sesi 2023 ini dikendalikan selama empat (04) minggu bermula daripada hari Jumaat, 16 Jun 2023 hingga hari Jumaat, 14 Julai 2023. Seramai tiga puluh (30) anggota telah berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada tiga belas (13) anggota dari Kementerian Pertahanan, sepuluh (10) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), dua (02) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), dua (02) anggota dari IL ABDB, satu (01) anggota dari Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB) dan dua (02) anggota dari Rejimen Pasukan Khas (RPK).
Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah daripada wakil peserta kursus, Koperal Mohammad Shah Nurizal bin Haji Mat Serudin. Majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada Sarjan Dk Shahidah binti Pg Kahar, Penolong Ketua Pengendali, CLK SPT IL ABDB, diikuti dengan penyampaian sijil dan lencana kerani dan seterusnya ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis.
Sebanyak lima (05) kategori penuntut terbaik telah diumumkan dalam kursus ini iaitu Penuntut Terbaik Pengendalian yang disandang oleh Koperal Mohammad Azrul bin Mazalan daripada IL ABDB, Kumpulan Terbaik Pembentangan disandang oleh Kumpulan lapan (08) iaitu Koperal Khairulanwar bin Maidin daripada AP ABDB dan Koperal Siti Aisah binti Haji Simpon daripada Jabatanarah Perisikan, Kementerian Pertahanan, Penuntut Terbaik penghasilan E-PortFolio disandang oleh Koperal Mohammad Hamizan bin Rosmalee daripada Markas TDDB, Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh Koperal Mohammad Zulfadli bin Mohammad Said daripada Polis Tentera ABDB dan Penuntut Terbaik Amali disandang oleh Koperal Mohamad Noh bin Kamaludin daripada Batalion Pertama TDDB.
Dalam ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis, beliau bersyukur yangmana buat julung kalinya penutup kursus kali ini dapat diteruskan dengan penyampaian lencana kerani. Beliau juga berharap dengan pemakaian lencana kerani ini, peserta kursus akan dapat menjalankan tugas-tugas perkeranian dengan lebih teliti lagi sesuai dengan moto kerani iaitu cermat, teliti dan beriltizam. Beliau juga turut memberikan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus dan menutup rasmi Kursus Kerani Lanjutan Sesi 2023. Majlis diakhiri dengan doa penutup yang dibaca oleh Koperal Mohammad Shah Nurizal bin Haji Mat Serudin dan menikmati jamuan.




