
Majis penutupan Kursus Ketua Kerani Gaji Sesi 2021 dan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 4/2021 telah berlangsung Secara Maya dan disempurnakan oleh Lt Kol (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah, SPT IL ABDB. selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir Pegawai Latihan Kewangan dan Jurulatih-Jurulatih Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta para Jamputan-Jamputan Khas daripada Ketua-Ketua Jabatan Angkatan Tentera. Peserta Penuntut terbaik keseluruhan dan Taklimat terbaik keseluruhan bagi Kursus Ketua Kerani Gaji Sesi 2021 telah disandang oleh 18988 Sjn Sobri bin Hassan. Dan Peserta Penuntut terbaik keseluruhan Akaun Perkhidmatan ABDB Siri 4/2021 telah disandang oleh 18988 Sjn Sobri bin Hassan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Ayat Suci Al-Quran iaitu “Surah Al-Baqarah, Ayat 282” yang dibacakan oleh salah seorang peserta kursus, 1296 Lt (U) Haji Muhamad Syasuandi bin Haji Abu Bakar daripada Jabatanarah Jamaat, KEMENTAH. Majlis kemudian diteruskan dengan Ucapan Rasmi Penutupan Kursus Ketua Kerani Gaji Sesi 2021 dan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 4/2021 oleh Tetamu Kehormat Majlis.
Kursus Ketua Kerani Gaji Sesi 2021 yang dijalankan selama Tiga (03) minggu yang bertujuan untuk Melayakkan peserta kursus menjawat jawatan Ketua Kerani Gaji dan Audit Dalaman serta meningkatkan lagi taraf pengetahuan dan pengenalan dalam bidang Kerani Gaji, Melatih dan membimbing peserta kursus lebih lanjut lagi mengenai dengan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai Kerani Gaji. Dan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 4/2021 yang dijalankan selama Tiga (03) minggu yang bertujuan untuk melayakkan peserta kusus memegang Akaun Perkhidmatan dan Pemegang Tabung Amanah di Unit-Unit ABDB. Ianya juga adalah sebagai salah satu kursus Mandatori Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam mendokong kriteria bagi sokongan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.

