
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan lain-lain peringkat dari gabungan unit Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei dan Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei, serta anggota-anggota rekrut.
Acara ini di adakan untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam yang mana telah menukarkan rupa dunia ini dari gelap gelita kepada terang benderang. Jiwa buas manusia dapat di jinakkan menjadi lebih tenang dan bertimbang rasa. Nabi Muhammad juga telah mengilhamkan kita untuk meneruskan usaha-usaha suci memelihara Islam dan kesejahteraan sejagat.
Majlis tersebut dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang dikepalai oleh Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil khusus untuk Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah, bacaan Sirah An-Nabawiyah, Dikir Assalamualaika. Seterusnya menunaikan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah dan diakhiri dengan Dikir Marhaban.
Majlis telah diadakan mengikut garispandu yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengawal penyebaran COVID-19.

PENANJONG GARISON, Wednesday, 28 October 2020 – The closing ceremonies of Dikir in conjunction with Prophet Muhammad’s (PBUH) birthday celebration was held throughout every surau within all military camps.
Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Aldi bin Haji Hassan, Deputy Commandant of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces and also present were Senior Officers, Officers and other ranks from the combined unit of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces, Support Battalion Royal Brunei Land Force and Combat Service Support Royal Brunei Land Force, as well as army recruits.
This event is held to commemorate the birth of the Prophet Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam which has changed the appearance of this world from pitch dark to bright light. The wild soul of man can be tamed to be more firm and considerate. Prophet Muhammad has also inspired us to continue the sacred efforts of preserving Islam and universal well-being.
The ceremony began with the congregational Fardhu Maghrib Prayer led by Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam of Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison. The ceremony continued with the recitation of Tahlil specifically for Al-Marhum His Royal Higness Prince Haji ‘Abdul’ Azim Ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah, the recitation of Sirah An-Nabawiyah, Dikir Assalamualaika, congregation of Fardhu Isyak Prayer and end with Dikir Marhaban.
The ceremony was held according to the guidelines issued by the Ministry of Health and the Ministry of Religious Affairs to control the spread of COVID-19.
