
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Razanol Hardi bin Abdul Razak, Ketua Inspektorat IL ABDB. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia Koperal Abdul Rahman bin Haji Mohammad Salihen. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat majlis dan diakhiri dengan bacaan doa penutup yang diketuai oleh Yang Mulia Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani dan seterusnya menikmati jamuan.
Kursus ini dikendalikan selama lapan (08) hari bermula pada 17 Oktober 2022 hingga 26 Oktober 2022. Seramai sembilan (09) Pegawai dan sembilan (09) anggota ABDB telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada empat (04) anggota daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), tiga (03) anggota daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), tiga (03) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, dua (02) anggota dari Kementerian Pertahanan dan enam (06) anggota daripada IL ABDB.
Kursus SAT Practitioner siri 4/2022 ini merangkumi pelajaran pengunaan kaedah
SAT yang dapat membantu dalam pengurusan pentadbiran dan pengendalian sesebuah kursus. Pada masa yang sama akan memberikan pengetahuan kepada peserta-peserta kursus dalam pengunaan kaedah SAT mengikut tatacara yang betul dalam merangka dan merancang kursus dengan baik dan efektif. Justeru kursus ini akan melayakkan peserta-peserta kursus untuk menjadi jurulatih dan pemimpin yang berkebolehan dan professional dalam menaik taraf sistem kursus dan latihan ABDB.


