Kursus Penyelia KKK Siri 3.2024.jpg

PENANJONG GARISON, Jumaat, 12 Muharram 1446 bersamaan dengan 19 Julai 2024 – Cawangan Latihan Kesihatan dan Keselamatan Kerja (CL3K) telahpun mengadakan Majlis Penutup Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 3/2024 yang sempurna dilaksanakan bertempat di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi, IL ABDB, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia 659 Mejar Mohammad Amin bin Awang Haji Mahmud, Ketua Sel Inspektorat IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Cawangan Latihan KKK, Pegawai Jemputan dan Jurulatih-jurulatih.

Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 3/2024 ini dikendalikan selama lima (05) hari bermula daripada 01 Julai 2024 hingga 05 Julai 2024 dan disertai seramai tiga puluh (30) anggota yang terdiri daripada lima belas (15) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, enam (06) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei, enam (06) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, dua (02) anggota dari Institut Latihan ABDB dan satu (01) anggota dari Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah daripada wakil peserta kursus 16037 PW2 (U) Mohammad Firdauz bin Abd Razak dan diteruskan dengan penyampaian Ulasan Pencapaian peserta kursus daripada 941 Mejar Dayangku Nurhazrimah binti Pengiran Haji Hassanan, Ketua Cawangan Latihan KKK. Selain daripada penyampaian ulasan pencapaian, beliau juga telah menyentuh mengenai sudut pemarkahan yang telah diubah suai mengikut kesesuaian peserta kursus penyelia KKK dan telah dinilai oleh pihak tertentu. Beliau juga menekankan lagi kepentingan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai KKK unit.

Seterusnya penyampaian sijil kepada peserta kursus telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis dan diteruskan dengan penyampaian ucapan yang mana sedikit sebanyak menyentuh dalam aspek KKK dalam berbentuk nasihat dan peringatan kepada peserta kursus agar dapat menyerapkan ilmu dan mengaplikasikan apa yang telah diajar di unit masing-masing selaku seorang Penyelia/ Pegawai KKK yang amanah dan bertanggungjawab. Majlis disempurnakan dengan penutupan kursus secara rasmi, seterusnya bacaan doa penutup dan doa selamat oleh wakil peserta kursus.​

Kursus Penyelia KKK 2024 1.jpg

Kursus Penyelia KKK 2024 2.jpg

Kursus Penyelia KKK 2024 3.jpg

Kursus Penyelia KKK 2024 4.jpg