WhatsApp Image 2022-02-06 at 8.23.29 PM.jpeg

PENANJONG GARISON, JUMAAT 04 FEBRUARI 2022. Upacara Penutup Kursus bagi Penyelanggara Stor Peluru Unit Sesi 2021 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 21 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 17 anggota, Tentera Udara Diraja Brunei seramai 01 anggota, Institut Latihan ABDB seramai 01 orang, Pejabat Pemerintah Garison seramai 01 anggota dan ASMDB seramai 01 anggota. Kursus Penyelanggara Stor Peluru Unit ini berjalan selama 4 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Ianya adalah salah satu kursus yang harus dihadiri oleh semua pengawas stor peluru unit bagi melayakkan menyelenggara stor peluru serta pengendalian perakuanan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat, Lt Kol (U) Pengiran Muhammad Farisan Bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan. Turut hadir Pegawai Latihan Logistik dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Logistik dan Depoh Peluru. Penutup Kursus diadakan bertempat di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Penuntut terbaik keseluruhan dan Amali telah disandang oleh 51714 Sld Mohamad Faizal bin Nursin dari unit Depoh Peluru KBK TDDB, Penuntut Terbaik Pembentangan di sandang oleh 21100 Pw2 Noor Asmahwahni binti Yanau dari unit Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB dan Penuntut Terbaik Akademik telah di sandang oleh 18519 Sjn Nurfitrillah bin Mat Daud.
Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapannya bahawa perserta kursus telah didedahkan dan diajar dalam spektrum keselamatan, pengenalan peluru dan bahan letupan serta dokumentasi adalah amat penting terutama apabila berurusan dengan pengendalian dan penjagaan stor peluru yang setentunya mempunyai implikasi yang besar dan sensitive apabila tidak diselengarakan dengan betul dan teratur. 
IMG_3059 (1).JPG
WhatsApp Image 2022-02-06 at 8.23.29 PM.jpeg