Penanjong Garison, 15 November 2018 – Kursus Pegawai Penguji Kelayakan (QTO) Sesi 2018 ini dikendalikan oleh Cawangan Latihan Memandu (CLM), Sekolah Pertukangan Tentera (SPT) Institut Latihan ABDB. Kursus ini dijalankan selama 4 minggu bermula pada 19 Oktober 2018 hingga 15 November 2018 . Kursus kali ini dihadiri oleh 05 orang Pegawai dan 02 orang PTB Kanan.
Majlis penutup Kursus pada pagi Khamis tersebut telah ditutup rasmi oleh Tetamu Kehormat, 444 Mejar Muhd Suradzin bin Haji Muhd Yusof @ Yuju, Pemangku Ketua Jurulatih Institut Latihan ABDB. Setelah menghadiri kursus ini, peserta kursus telah berkelayakan untuk menjadi Pegawai Penguji bagi kenderaan tentera dan menguji penunggang motosikal tentera berkuasa tinggi dan rendah bagi anggota yang sudah menghadiri Lesen Kelas 1 (Motosikal) tentera.
