
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Mejar Haji Mohammad Aisamuddin bin Haji Ali, Ejutan Garison, Markas Garison Penanjong Garison. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pemangku Pegawai Pemerintah, Ketua-ketua Cawangan, Pemangku Sekolah Sarjan Mejar dan Jurulatih-Jurulatih CLM SPT IL ABDB.
Kursus Memandu Lesen Kelas 3 Siri 2/2022 ini dikendalikan selama enam (06) minggu bermula daripada 18 Nov 2022 hingga 30 Dis 2022 dan disertai seramai tiga puluh sembilan (39) anggota yang terdiri daripada dua puluh lapan (28) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, lima (05) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei, satu (01) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, dua (02) anggota dari Institut Latihan ABDB, satu (01) anggota dari Rejimen Pasukan Khas dan dua (02) anggota dari Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Ayat Suci Al-Quran, Surah Yunus Ayat 22 daripada wakil peserta kursus 50729 Lkpl Muhammad Syafiq Syahmi bin Ibrahim, Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 13501 PW2 Pg Hj Mohd Malek Faishal Noorislam bin Pg Hj Omarali, Ketua Pengendali, CLM SPT IL ABDB.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan pengumuman Penuntut Terbaik Tatacara Memandu yang disandang oleh 18958 Lkpl Muhammad Asrari bin Ainan daripada Kompeni Markas Bn Bantu TDDB dan Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 52587 Sld Muhammad Faqrullah bin Mohd Kissen daripada Lad TDDB. Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus kepada semua peserta kursus dan apa yang diharapkan agar pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari, sebagai pemangkin untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kecekapan, kemahiran serta professionalisma dalam menaikkan kemampuan individu dan juga organisasi unit.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh peserta kursus 50729 Lkpl Muhammad Syafiq Syahmi bin Ibrahim seterusnya sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan.


