
Hadir selaku Tetamu Kehormat, 870 Mejar Haji Hainul Andika bin Haji Tinggal, Ejutan Markas Garison Penanjong Garison. Turut hadir ketua-ketua cawangan, jurulatih-jurulatih kanan dan jemputan dari Pasukan Simpanan Gurkha. Penutup Kursus diadakan bertempat di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Penuntut terbaik keseluruhan telah disandang oleh 16811 Sjn Khairulanwar bin Haji Latif dari unit Bn Bantu TDDB, manakala 18142 Sjn Ekramul Huttamah @ Ekram bin Abdullah dari unit IL ABDB telah terpilih menjadi penuntut Terbaik Amali.
Yang Mulia 870 Mejar Hj Hainul Ardika bin Haji Ali dalam ucapannya bahawa kursus ini dibentuk untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan serta kefahaman yang perlu ada bagi setiap anggota yang diamanatkan sebagai penyelanggara stor sub-unit di dalam angkatan tentera ataupun agensi pertahanan yang lain. di dalam kursus ini juga perserta kursus telah di dedahkan berkenaan dengan perakaunan dan borang-borang yang digunakan didalam sub-unit serta tatacara permintaan keperluan harian ke kuarter master, apa yang diharapakan, para perserta kursus ini supaya akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang tinggi dengan memahami undang-undang keselamatan yang sedia ada.

