
Bacaan Surah Al-Fatihah telah diketuai oleh Yang Mulia Kapt Narulismandy bin Hj Samaih dan diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada wakil penuntut Kursus Ketua Kompeni yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Kapt Haji Md Aisamuddin bin Haji Ali. Seterusnya majlis diikuti dengan penyampaian ulasan perjalanan kursus oleh Pegawai Pentadbiran Kursus, Yang Mulia Mejar Safizan bin Ahmad.
Kesemua 16 pegawai yang telah menghadiri Kursus Ketua Kompeni Siri 2019 bermula pada 10 Mac 2019 yang lalu telah berjaya menamatkan dan lulus didalam mencapai kriteria kursus berkenaan. Seterusnya penyampaian sijil telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan penyampaian sijil bagi penerima-penerima penuntut terbaik seperti berikut:
Penuntut Terbaik Keseluruhan & Penuntut Terbaik Amali
Yang Mulia Kapt Abdul Hazim bin Haji Abdul Rahman
Penuntut Terbaik Teori
Yang Mulia Kapt Md Hafizi bin Sabli
Tetamu kehormat seterusnya memberikan ucapan serta penutupan rasmi bagi Kursus Ketua Kompeni Siri 2019 dan diikuti dengan bacaan doa selamat. Majlis seterusnya beredar ke ruang jamuan ringan bagi menunggu ketibaan waktu berbuka dan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis diakhiri dengan menikmati juadah berbuka dan menyaksikan tayangan rakaman video Kursus Ketua Kompeni Siri 2019.


