kursus lanjutan.pngPenanjong Garison, Khamis, 27hb Februari 2020 – Cawangan Latihan Kerani (CLK), Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB (SPT IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Kerani Lanjutan Siri 2/2019 bertempat di Bilik IT, Cawangan Latihan Logistik (CLL) SPT IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, surah Al-Alaq yang disampaikan oleh 18831 Kpl (U) Musa bin Haji Sahat. Majlis Penutup Rasmi Kursus tersebut telah disempurnakan oleh 407 Leftenan Kolonel Siti Isah binti Haji Abu Talip, Pegawai Turus Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan selaku Tetamu Kehormat majlis.  Turut hadir ialah Pegawai-pegawai IL ABDB dan Jurulatih-jurulatih serta jemputan-Jemputan dari beberapa Angkatan Tentera unit yang dijemput. 
Seramai 25 anggota telah menghadiri dan lulus dalam kursus tersebut. Peserta-peserta kursus terdiri daripada 04 anggota TDDB, 01 anggota TLDB, 04 anggota TUDB, 01 anggota dari IL ABDB, 01 anggota AP ABDB, 14 anggota Kementah.
Penuntut Terbaik keseluruhan bagi Kursus Kerani Lanjutan Siri 2/2019 disandang oleh 21557 Kpl Nurul Akhmaria binti Haji Kassim, Unit PTR, Jbth Kgtn, manakala Penuntut Terbaik Teori diberikan kepada 18831 Kpl (U) Musa bin Haji Sahat, Unit TUDB dan Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 21594 Kpl Nurrafidah binti Kipli, Unit MAB ABDB. 
Tetamu Kehormat dalam ucapan beliau telah menyentuh tentang pencapaian bagi persediaan untuk para kerani menjadi seorang ketua di jabatan unit masing-masing dan ia juga menambahkan pengetahuan yang diajarkan serta diaplikasi dengan lebih baik. Beliau juga menegaskan bahawa tambahan lagi dengan pengiktirafan vokasyen yang telah diluluskan untuk dinaik taraf kepada vokasyen bantu bermula tahun ini. 
Selain itu juga, beliau juga berpesan kepada semua peserta kursus agar lebih berhati-hati, amanah dalam melaksanakan tugas dan jangan sekali-kali mengambil kesempatan diatas kepercayaaan yang telah diberikan dan sebagai pemegang amanah kepada segala perihal keanggotaan iaitu mengurus tadbir kebajikan anggota-anggota ABDB.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.
kursus lanjutan.png
Picture2.png
Picture3.png
lnjutan.png
kursus lnjutan.png