111.jpg

Penanjong Garison, Khamis, 18 Syaaban 1442H bersamaan 01 April 2021M – Majlis Penutupan Kursus bagi Kursus Kerani Asas Siri 02/2020 telah diadakan di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Pengiran Ja’afarudin bin Pengiran Tejudin, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Ketua Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Jurulatih-jurulatih dan Jemputan-Jemputan. Seramai 30 anggota telah lulus dan berjaya menamatkan kursus yang berlangsung selama 6 minggu bermula 19 Februari 2021M hingga 01 April 2021M. 
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diselajurkan dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Alaq dari ayat 01 hingga 19 yang disampaikan oleh 51220 Sld Sheikh Abdul Aziz bin Sheikh Edham.
Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh 5458 SG Dhan Raj Subba (Pasukan Simpanan Gurka), Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 51303 Sld Md Shukri bin Sazali (Batalion Pertama TDDB) dan Penuntut Terbaik Menaip 5366 SG Bikram Bhatta Kshetri (Pasukan Simpanan Gurka).
Dalam ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat, menekankan kepada peserta kursus supaya tidak cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas kerani kerana ianya boleh menjejaskan keperluan kebajikan anggota dan pentadbiran sesebuah unit. Beliau juga mengingatkan kepada semua untuk terus mempertingkatkan mutu kerja perkeranian sekembali di unit nanti kerana jika seorang itu mempunyai ilmu tetapi ilmunya tidak digunakan kepada perkara yang berfaedah, ianya sesuatu yang sia-sia dan sangat merugikan. 
222.jpg
Penuntut Terbaik Menaip
5366 SG Bikram Bhatta Kshetri (Pasukan Simpanan Gurka).
333.jpg
Penuntut Terbaik Akademik
5458 SG Dhan Raj Subba (Pasukan Simpanan Gurka)
4444.jpg
Penuntut Terbaik Amali
51303 Sld Md Shukri bin Sazali (Batalion Pertama TDDB)