WhatsApp Image 2020-03-07 at 5.07.21 AM.jpegPENANJONG GARISON, KHAMIS 05 MAC 2020 – Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran Siri 2/2019 telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB. Kursus Kepimpinan & Pegawai Waran Siri 2/2019 telah dijalankan selama empat minggu bermula pada 10 Februari  2020 hingga 06 Mac 2020.

 Seramai 46 orang anggota ABDB telah menghadiri kursus Kepimpinan. Salah satu tujuan kursus ini dikendalikan adalah untuk mendedahkan peserta kursus kepada mata pelajaran teori dalam aspek kepimpinan berserta pengurusan. Antaranya juga menekankan bahawa peserta kursus merupakan titik penting untuk menjadi pemimpin peringkat tengah di unit masing-masing dan juga sebagai tulang belakang yang menggerakkan sesebuah organisasi baik yang besar ataupun kecil.
Tetamu Kehormat juga menjelaskan bahawa peserta kursus haruslah berusaha dengan gigih dan jitu ke arah membentuk perkembangan, kemahiran dan prestasi kendiri yang ideal sejajar dengan perkembangan era globalisasi dan berpandukan kepada Nilai-Nilai Teras ABDB. Selain itu, peserta kursus juga perlu menjana kemahiran berfikir yang matang dengan mencorak pelbagai inisiatif dalam mempertingkatkan profesionalisme sebagai anggota tentera yang responsif dan berkualiti. Selain menjaga etika dan disiplin, seorang tentera itu mestilah menjaga kesihatan dan kerohanian samada dari segi fizikal mahupun mental. Ini penting bagi memastikan amanah dan tugas yang dipikul dapat dijalankan dengan sempurna.
Seterusnya Tetamu Kehormat Majlis berkesudian untuk menyampaikan sijil serta menzahirkan ucapan tahniah kepada semua peserta-peserta kursus di atas usaha yang jitu serta dedikasi di sepanjang kursus ini dijalankan.
 
Manakala satu perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara peserta kursus dan warga IL ABDB telah diadakan pada hari Juma’at, 06 Mac 2020 bertempat di Mini Stadium, IL ABDB. Acara Perlawanan ini dirasmikan oleh Leftenan Kolonel Aldi bin Hasan, Timbalan Komandan IL ABDB. Adapun tujuan perlawanan ini bukan sahaja merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga ABDB, bahkan ianya membuka minda para peserta akan kepentingannya dalam kepimpinan dan jati diri sebagai pemimpin.
WhatsApp Image 2020-03-07 at 5.07.23 AM.jpeg

WhatsApp Image 2020-03-07 at 5.07.22 AM.jpeg
WhatsApp Image 2020-03-07 at 5.07.21 AM.jpeg
WhatsApp Image 2020-03-07 at 5.07.22 AM (1).jpeg