PENANJONG GARISON, JUMAAT 25 NOVEMBER 2016. Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 2/2016 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB.  Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia, Mejar Ernie Ermawati binti Mohd Erman, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB. Turut hadir ialah Yang Mulia Inspektor Marzuqi Koo bin Abdullah, Pegawai Menguasa Balai, Balai Polis Kampong Air, Pasukan Polis Diraja Brunei, pegawai-pegawai jemputan, KSM, PTB-PTB Kanan dan guru-guru.Kursus ini telah dijalankan selama 3 minggu, iaitu bermula pada 07 November 2016 hingga 25 November 2016. Kursus Kepimpinan Lans Koperal merupakan kursus mandatori bagi anggota lain-lain peringkat yang berpangkat Pmk Lans Koperal untuk kenaikan ke pangkat Lans Koperal Tetap. Seramai 25 orang telah mengikuti kursus ini, iaitu 17 anggota daripada Kementerian Pertahanan, 04 anggota daripada IL ABDB, 02 anggota daripada Regimen Pasukan Khas dan penyertaan 02 anggota daripada Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dengan penyerahan sijil dan pengiktirafan pada hari ini, ianya meletakkan peserta kursus kepada tahap yang lebih baik dari sebelumnya, dimana ilmu dan kemahiran yang dipelajari akan dapat diaplikasikan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab di unit masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan bacaan ayat suci Al-Quran, surah Al-Mulk ayat 1 hingga 9 oleh 19099 Pmk Lans Koperal Abd Hakim bin Haidi. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil peserta kursus, iaitu 15166 Pmk Lans Koperal Mohammad Aslihamdi bin Said.

Selepas itu, Yang Mulia, PW2 Norkamal bin Hj Mohd Salleh, Pemangku Ketua Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan menjemput Yang Mulia Tetamu Kehormat untuk menyampaikan sijil kepada peserta kursus dan seterusnya memberikan ucapan. Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh 18525 Pmk Lans Koperal Muhammad Ihsanuddin bin Hj Kamis daripada Pejabat Pemerintah Garison, Kementerian Pertahanan. Majlis disudahi dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.

ZUL 7029