WhatsApp Image 2021-07-06 at 7.09.12 PM (1).jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 05 Julai 2021– Majlis Penutup Kursus Asas Vokesyen Semboyan Sesi 2021 telah berlangsung di Cawangan Latihan Semboyan, Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Yang Mulia, Mejar Awg Mohd Adi Asmawi bin Awg Adanan, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Semboyan, Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, selaku wakil kepada Yang Mulia Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Kursus tersebut telah dijalankan selama lebih kurang enam minggu bermula pada 24 Mei 2021 sehingga 05 Julai 2021. Seramai 36 anggota ABDB telah menghadiri kursus tersebut, yang manda terdiri daripada unit Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Rejimen Pasukan Khas. Salah satu tujuan kursus ini dikendalikan adalah untuk menaik taraf Vokesyen Semboyan anggota ABDB untuk menjadi sebagai jurukawat radio yang terlatih. Disamping itu juga, mendedahkan kepada pelajaran amali dan teori bagi tatacara penggunaan alat kelengkapan radio yang terdapat di ABDB.
WhatsApp Image 2021-07-06 at 7.09.12 PM (2).jpg
WhatsApp Image 2021-07-06 at 7.09.09 PM.jpg
WhatsApp Image 2021-07-06 at 7.09.12 PM.jpeg