
Majlis dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Mejar Alimin bin Haji Subohi, Penolong Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri. Majlis juga dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan ABDB, SSM dan Ketua-ketua Cawangan Sekolah Infantri. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dari anggota JAMAAT, Kementerian Pertahanan. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan lencana Asas Semboyan kepada penuntut-penuntut kursus.
Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Amali disandang oleh 51985 Sld Muhd Nur Rasyid bin Jaafar dari unit Batalion Ketiga, Kem Lumut manakala anugerah Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 21883 Sld (U) Nur Azira binti Haji Amdan dari unit Tentera Udara Diraja Brunei. Majlis diakhiri dengan pembacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.
