PENANJONG GARISON, KHAMIS 18 Julai 2019. Majlis Penutup Kursus bagi Asas Pengendalian Makanan dan Katerer Sesi 2019 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 10 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 05 orang, seorang daripada Institut Latihan ABDB dan 04 orang daripada Pasukan Simpanan Gurkha Sungai Akar.
PENANJONG GARISON, KHAMIS 18 Julai 2019. Majlis Penutup Kursus bagi Asas Pengendalian Makanan dan Katerer Sesi 2019 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 10 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 05 orang, seorang daripada Institut Latihan ABDB dan 04 orang daripada Pasukan Simpanan Gurkha Sungai Akar. Kursus 6 minggu ini telah dengan jayanya membuat kolaborasi bersama Pusat Pembangunan Belia bagi penyerapan pembelajaran pramusaji bermula pada 01 Julai 2019 hingga 12 Julai 2019 yang lalu.
Tujuan penyerapan pembelajaran pramusaji yang dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Belia adalah untuk nilai tambah bagi modul Kursus Pengendalian Makanan dan Sajian yang di kendalikan oleh IL ABDB dan menambah pengalaman baru agar dapat diaplikasikan dalam pengurusan pramusaji dalam unit ABDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat, Mejar Hj Mohd Fadhil bin DP Hj Md Said, Pegawai Memerintah Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Turut hadir jurulatih jemputan dari Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jurulatih-Jurulatih Kanan. Penutup Kursus diadakan di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Penuntut terbaik keseluruhan telah disandang oleh
15213 Kpl Rozaimey bin Sulaiman dari unit 3 Bn TDDB.
15213 Kpl Rozaimey bin Sulaiman dari unit 3 Bn TDDB.
Yang Mulia Mejar Hj Mohd Fadhil bin DP Hj Md Said dalam ucapannya menyentuh mengenai kriteria bagi seorang pembantu tukang masak dan pelayan mes yang efektif dan professional . Menurut Yang Mulia Tetamu Kehormat, kemahiran yang diperolehi dari kursus ini adalah untuk melengkapan perserta kursus bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan bersiap sedia untuk menerima sebarang tugas dengan baik mengikut keperluan semasa.
