
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Haji Mohammad Alimin Bin Haji Subohi selaku Pmk Peg Pem Sekolah Infantri IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai dan Ksm-Ksm jemputan.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 18032 Kpl Nazirul Bin Haji Asmat dan diteruskan dengan penyampaian lencana dan sijil kepada anggota–anggota yang berjaya menamatkan kursus yang disampaikan oleh 640 Mejar Haji Mohammad Alimin Bin Haji Subohi.
Penuntut Terbaik Amali bagi kursus Jurulatih Kemahiran Dan Pengasuh Senjata Ringan disandang oleh 51778 Sld (U) Mohammad faiz Bin Abd Aziz, manakala Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 50819 Lkpl Fathullah Bin Haji Ahmad daripada 3Bn, TDDB. Penuntut Terbaik Keseluruhan pula disandang oleh 16693 Sjn Hermanto Bin Mustapa daripada 2Bn, TDDB.
Penuntut Terbaik Amali Bagi Kursus Asas Kawad Senyap & Tepat 2019 disandang oleh 51983 Lkpl Mohammad Fahim Bin Zaprini daripada 3Bn, TDDB dan Penuntut terbaik bagi keseluruhan disandang oleh 51808 Sld Ak Khairul Amry Bin Pg Azmi daripada 1Bn, TDDB. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.



