PENANJONG GARISON, Khamis, 23 Mac 2023 – Majlis Pembukaan Tadarus Al-Qur’an sempena tibanya bulan suci Ramadhan 1444 Hijrah bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota dari unit-unit Penanjong Garison.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Sembahyang Sunat Terawih dan Witir. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Al-Baqarah beramai-ramai dan diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
PENANJONG GARRISON HELD THE OPENING FUNCTION OF TADARUS AL-QUR’AN IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADHAN 1444H
PENANJONG GARRISON, Thursday, 23 Mac 2023 – Penanjong Garrison held the opening ceremony of Tadarus Al-Qur’an in conjunction with the holy month of Ramadhan 1444 Hijrah at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.
In attendance at the ceremony was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also present were senior officers, officers as well as personnel from units at Penanjong Garrison.
The ceremony began with mass Isya’ prayer, Sunat Terawih and Witir prayers. It continued with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, a group recital of Surah Al-Baqarah and concluded with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
