
Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia, Kapten Halimatul Azimah binti Haji Azamain, Pemangku Pegawai Latihan, Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir adalah Pegawai Waran Latihan dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Logistik.
Kursus ini adalah di hadiri oleh anggota-anggota yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mahupun agensi luar yangmana melalui kursus ini peserta-peserta kursus akan diberi tugasan dan kertas kerja untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan didalam pentadbiran organisasi dan juga pengurusan perakaunan stor.
Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan Kuartermaster Sarjan Rejimen (KMSR) yang berpengetahuan dan berkemahiran. Kursus ini juga membolehkan peserta kursus mentadbir dan mengurus kakitangan bawahan di unit masing-masing dengan baik berpandukan peraturan-peraturan yang terdapat dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
