
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia 1228 Kapten Nurul Khartini binti Akui, Pemangku Ketua Cawangan, CLK SPT, IL ABDB.
Turut hadir adalah Pegawai Waran Latihan, Jurulatih Kanan, jurulatih-jurulatih CLK serta jurulatih-jurulatih bantuan dari unit Tentera Udara Diraja Brunei.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Ali Imran Ayat 104 hingga 108 yang dibacakan oleh Yang Mulia 50103 Koperal Muhammad Shah Nurizal bin Haji Mat Serudin dan diteruskan dengan ucapan serta Perasmian Pembukaan Kursus Lanjutan Kerani Sesi 2023 daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat. Dalam ucapan beliau, Kursus Kerani Lanjutan ini merupakan Kursus Mandatori dalam Skim Perkembangan Kerjaya bagi Vokasyen Kerani. Kursus ini juga secara keseluruhanya akan menaik tahap pengetahuan dan taraf pertukangan para peserta kursus dalam melayakkan mereka menjawat jawatan Ketua Kerani di unit masing-masing. Peserta kursus telah dinasihatkan untuk menghadiri kursus tersebut dengan tujuan akan dapat mengaplikasi dan mengimplementasi ilmu dan pelajaran yang akan dipelajari di unit masing-masing.
Seramai 30 anggota tentera menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 13 anggota dari Kementerian Pertahanan, 10 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, 02 anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, 01 anggota dari Akademi Pertahanan, 02 anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta 02 anggota dari Rejimen Pasukan Khas. Majlis diakhiri dengan bacaan doa serta sesi begambar ramai.
