PENANJONG GARISON, Khamis, 09 Julai 2020 -  Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Meraikan Pertukaran Keluar Unit Bagi Anggota PTB-PTB Kanan IL ABDB. Majlis tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB. Majlis turut dihadiri oleh SMR IL ABDB, SMK IL ABDB, SMG Penanjong Garison dan Pegawai Waran IL ABDB
Seramai 06 anggota PTB Kanan IL ABDB yang diraikan di majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al- Fatihah yang diketuai oleh 17485 Sarjan Awang Julaihi dari Kompeni Rekrut IL ABDB. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan serta ucapan dari YM Komandan IL ABDB.
Majlis diakhiri dengan menikmati jamuan ringan dan sesi bergambar ramai bersama PTB-PTB Kanan yang diraikan. Jasa bakti yang dicurahkan akan sentiasa dikenang dan dihargai. Didoakan untuk terus maju jaya di dalam bidang kerjaya untuk sama-sama menjayakan misi dan visi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.