
Sejurus ketibaan Yang Mulia Tetamu Kehormat, acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan Welcoming Drinks. Majlis pada malam tersebut dipengerusikan oleh Pegawai Waran 2 Awg Md Salazni bin Hj Md Salleh, salah seorang peserta kursus pada siri ini. Turut hadir ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Ketua Jurulatih IL ABDB, Sarjan Mejar Rejimen IL, Pegawai-pegawai Jemputan dan Jurulatih Kepimpinan dan Pengurusan.
Tujuan Majlis Makan Malam Beradat ini adalah sebagai latihan praktikal bagi mata pelajaran regimentasi yang diserapkan ke dalam silibus Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran.
Majlis ini dilaksanakan adalah sebagai satu tanda penghormatan bagi mengenang jasa khidmat bakti serta pengorbanan yang telah disumbangkan oleh setiap anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan juga dalam mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan PTB-PTB Kanan ABDB.
