PGWI1.jpgBERAKAS GARISON, Jumaat, 12 Julai 2019 -  Satu Majlis Kenaikan Pangkat bagi seramai 110 pegawai ABDB telah dilaksanakan hari ini bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison. Hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Antara pegawai-pegawai ABDB yang dinaikkan pangkat dalam majlis tersebut adalah 6 orang pegawai dari IL ABDB iaitu:
1. Ke Pangkat Kolonel (Tauliah Tetap):
        Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB
2. Ke Pangkat Leftenan Kolonel Tetap:
Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan IL  ABDB
Leftenan Kolonel Abd Rajid bin Haji Zainie, Ketua Sel Inspektorat IL ABDB
3. Ke Pangkat Pemangku Leftenan Kolonel:
Mejar Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Ketua Jurulatih IL ABDB
4. Ke Pangkat Mejar Tetap:
Kapten Amiza bte Haji Zainal Abidin
5. Ke Pangkat Pemangku Mejar:
Kapten Mohammad Fadhil bin Dato Paduka Haji Muhammad Said
YM Komandan IL ABDB dan semua pegawai yang telah dinaikkan pangkat dengan sukacita merafa’kan perasaan menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas titah perkenan bagi kenaikan pangkat tersebut.
PGWI1.jpg
PGWI2.jpgPGWI3.jpg
PGWI4.jpg