Picture1.pngPENANJONG GARISON, Ahad, 16 Februari 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang ke-46 Tahun Peringkat Penanjong Garison.

Hadir pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan IL ABDB. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan Rendah serta peserta kursus IL ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu Surah An-Nisa, Ayat 58 hingga 61 yang dibacakan oleh 19147 LKpl Mohammad Yamin bin Haji Yakob. Seterusnya majlis diikuti dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin dan Tahlil, Doa Khusus dan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.
Picture1.png
Picture2.png
Picture3.png
Picture4.png
Picture5.png