Rabu, 16 Feb 2022 – Penanjong Garison hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena sambutan Hari Puja Usia Duli Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang ke 48 yang berlangsung di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Rudie Asmawi Bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan lain-lain peringkat dari unit Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei, Gabungan Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei dan Sekolah Infantri TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran (Surah Al-Ma’idah ayat 8-11) dan solat Fardhu Maghrib berjemaah dan Sembahyang sunnat hajat. Seterusnya majlis disambung dengan bacaan Surah Yassin dan bacaan Doa Khusus.
Majlis di akhiri dengan solat Isyak berjemaah. Majlis serupa juga telah diadakan secara serentak di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB.

