Majlis Doa Kesyukuran HK 2022.jpg

PENANJONG GARISON, Selasa, 22 Februari 2022 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38 Tahun, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly Bin Haji Ali, Pemangku Timbalan Komandan IL ABDB.
Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Mulia Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Hj Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Lain-lain Peringkat gabungan daripada unit IL ABDB, Bn Bantu TDDB, Sek Inf TDDB, dan KBK TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib dan sembahyang Sunat Hajat berjemaah. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isyak’ dan bacaan doa penutup.
Majlis Doa Kesyukuran ini juga diadakan di kesemua surau-surau ABDB dan dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota mengikut unit masing-masing.

Majlis Doa Kesyukuran HK 2022 (2).jpg