PENANJONG GARISON, Khamis 31 Mei 2018 – Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke 57 tahun telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Mehormat pada majlis tersebut adalah Leftenan Kolonel Pengiran Sarifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran. Majlis Doa Kesyukuran berkenaan merupakan di antara salah satu acara keugamaan bagi memperingati Hari Ulang Tahun ABDB.

Sambutan Hari Ulang Tahun yang ke-57 tahun ini membawa tema ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’.​